MUAFAKAT.BIZ

Penubuhan MUAFAKAT.BIZ bermula asal dari komuniti muafakatniaga pada tahun 2013 yang diasaskan oleh saudara ahmad zairi di kedah .
Penubuhan komuniti muafakatniaga ditubuhkan kerana ingin membantu usahawan-usahawan kecil yang mempunyai produk,tetapi sukar untuk di pasarkan ke pasaran yang lebih luas!
‘1 matlamat ,1 tindakan bersama’ Adalah motto yang diketengahkan

Semua usahawan yang memulakan perniagaan mempunyai ‘1 matlamat’ iaitu ingin mengembangkan produk masing-masing ke persada yang lebih jauh dan sukses!

Bagaimana untuk mencapainya?
Dengan itu para usahawan harus saling bekerjasama satu sama lain dalam erti kata’1 tindakan bersama’!  untuk mencapainya.
Kita perlu meniru sikap bangsa cina yang saling bantu membantu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Terdapat 3 teras utama penubuhan MUAFAKAT.BIZ sebagai pemangkin ekonomi

1.Membantu usahawan mengembangkan produk melalui konsep asas francais.
2.Memberi tunjuk ajar kepada para usahawan teknik yang terkini dalam bidang pemasaran agar mereka tidak tertinggal kebelakang
3.Penjanaan pendapatan patuh shariah kepada usahawan-usahawan,pelabur-pelabur dan sesiapa yang ingin mendapat pendapatan pasif yang boleh diwarisi.

Bertitik tolak dari 3 teras utama inilah MUAFAKAT.BIZ ditubuhkan dan agar para usahawan dapat bernaung untuk mencipta kejayaan secara BERMUAFAKAT!

 

Muafakat Sesama Ahli